Jumaat, 2 Mac 2012

Bekas Ketua Pemuda sebuah parti politik di tahan polis

Semalam satu SMS telah beredar yang menyatakan seorang bekas ketua pemuda sebuah parti politik di tahan polis atas kes ugutan seks terhadap seorang wanita.

Beliau juga dipercayai menyimpan video lucah wanita berkenaan untuk tujuan memeras ugut supaya wanita tersebut melayan beliau dan mendapatkan wang supaya rahsia tidak dibocorkan kepada awam.

Beliau ditahan di balai polis di sebuah daerah. Semalam TM menghubungi beberapa kenalan dan mengesahkan berita tersebut adalah benar , bagaimana pun laporan lengkap hanya akan diumumkan hari ini.

 http://peraktoday.com/wp/?p=49911