Ini di China |
Serangan ke atas polis |
GEORGE TOWN, 5 Mac (Bernama) -- Seramai lebih 100 orang penduduk kampung bertindak menyerang sebuah balai polis di sini malam tadi selepas berang dengan tindakan anggota polis semasa menjalankan tugas membanteras mat rempit.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang semalam, kira-kira 100 penduduk kampung yang dipercayai ibu bapa kepada kumpulan mat rempit itu telah membaling batu ke arah balai Teluk Bahang dan mengoncang pagar ketika membuat bantahan.
Seorang penduduk berumur 50 tahun dari Kampung Bangsal Rawai berdekatan, yang enggan dikenali, berkata dia menyedari kejadian itu pada kira-kira 7 malam.
Katanya penduduk yang menyerang balai berkenaan mendakwa seorang anggota polis ketika menjalankan tugas telah membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.
"Tindakan anggota polis itu menyebabkan budak itu terjatuh daripada motosikal dan dikatakan mengalami kecederaan serius dan terpaksa dihantar ke hospital," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kampungnya di sini hari ini.