Isnin, 19 Mac 2012

Buku Jingay Pakatan Rakyat


Janji PR: Satu daripada janji pembangkang ialah untuk meningkat kan pendapatan isi rumah kepada tahap RM 4,000 dalam tempoh lima tahun ,menjelang 2015. Untuk melaksana kan janji ini, mereka memerlukan sekurang kurangnya RM 93.9 bilion setahun untuk diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah berpendapatan rendah dengan kadar imbuhan purata RM 2,045 bagi seorang isi rumah.

Ulasan : Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh Pemandu (Perfomance Management &Delivery Unit), Institut Kajian Strategik dan Antara bangsa (ISIS), dan Kementerian Kewangan terhadap segala janji pembangkang dalam buku Jingga, negara akan mengalami bajet defisit sebanyak 27.5 % daripada KDNK bagi tahun pertama pelaksanaan janji janji tersebut. Kerajaan perlu membelanjakan RM 199 bilion lagi wang pembayar cukai untuk memenuhi belanjawan itu dan seterusnya akan melonjakkan lagi hutang kerajaan kepada RM 617.1 bilion. Jika ini berlaku, cukuplah dua tahun sahaja untuk hancur ekonomi Malaysia dan Malaysia muflis.

Kesimpulan : janji akan tinggal janji kerana puak pembangkang tidak pernah memikirkan kepentingan rakyat. Segalanya adalah retorik dan sekadar menarik undi. Kuasa telah melampaui batasan akidah dan kepentingan rakyat- Oleh Ariffin Hussin