Selasa, 13 Mac 2012

Gelombang Kelab Veteran MAYC akan menggegarkan negara.


Presiden Kelab Veteran MAYC Dato Nasir Safar bersama ahli jawatan kuasanya telah memulakan langkah pertama turun padang di Lembah Kelang untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai gagasan 1Malaysia.

Rupa-rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang kabur dan tak faham tentang gagasan ini walaupun mereka sudah merasa dan menikmati faedah-faedahnya.

Paling ketara ialah pemberian bantuan RM 100 kepada pelajar sekolah, RM 200 kepada pelajar IPT , RM 500 kepada ketua keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 3000.

Lain-lain usaha kerajaan dalam gagasan 1 Malaysia ialah mengekalkan subsidi untuk meringankan beban rakyat seperti mengawal harga minyak bahanapi, minyak masak, gula, tepung, beras dan sebagainya. Kemuncaknya ialah penubuhan kedai rakyat 1 Malaysia atau ringkasnya KR1M. Klinik 1 Malaysia. 

Ini lah  antara isi-isi gagasan 1 Malaysia yang terang dan bersuluh tetapi rakyat masih terpengaruh dengan soalan-soalan pihak pembangkang yang masih mempersoalkan apakah yang dimaksudkan dengan 1 Malaysia.

Ini belum lagi menyentuh tentang wasatiyyah , pendidikan, NKRA dan pelbagai lagi yang termasuk dalam ekonomi, sosial dan politik masyarakat majmuk kita.

Kita harus ingat bahawa Malaysia sebuah negara yang sangat unik di dunia. Di Amerika walaupun rakyatnya pelbagai kaum tetapi mereka menggunakan hanya satu bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris dan agama yang rasmi ialah agama Kristian.  Di benua Arab pula, senarionya berbeza, penduduk Arab yang berbahasa Arab tetapi ada perbezaan agama , ada Islam, ada Kristian dan ada Syiah.

Kita di Malaysia, kaum berbeza, agama berbeza, politik berbeza tetapi dengan perpaduan yang erat dalam pebagai kaum, kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Oleh itu wujudnya satu usaha untuk menjahanamkan keindahan sosio, ekonomi dan politik kita.

Inilah usaha yang dilakukan oleh Dato Safar untuk turun padang dan memberikan penerangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu sesiapa yang ingin menjemput Dato Safar atau Kelab Veteran MAYC bolehlah berbuat demikian dengan email kepada taipingmali@gmail.com dan permohonan akan dipanjangkan kepada kelab MAYC Veteran.

Tak perlu tunggu crowd yang besar, tak perlu kehadiran berpuluh ribu, cukup dengan satu sesi perjumpaan santai kerana lebih mudah untuk bersoal jawab atau komunikasi dua hala.

Sekian.