Rabu, 28 Mac 2012

Harga haji yang perlu dibayar oleh rakyat Mesir dan Malaysia




Mesir adalah jiran kepada Arab Saudi yang hanya dipisahkan oleh Laut Merah. Untuk menunaikan ibadat haji rakyat Mesir ini perlu mempunyai 50k Egpytion atau kira-kira RM25.000 seorang.

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana berbelanja jauh lebih murah berbanding rakyat Mesir. Itu pun ada pihak yang menyatakan urusan haji yang di kendalikan oleh LUTH mencekik darah.

Ada yang menuduh LUTH tidak memberi keselesaan yang sempurna kepada jemaah, tapak khemah di padang Arafah dikatakan terlalu kecil dan padat.

Bersyukur lah kita kerana LUTH dan kerajaan berjaya menguruskan haji dan menanggung subsidi untuk rakyat beribadat. Ini belum dikira jumlah kuota yang kita peroleh. Ia berdasarkan kepada jumlah penduduk bukan berdasarkan jumlah orang Islam.

Terima kasih kerajaan Malaysia yang dikepalai UMNO. Pas buat apa?  Pas ajak pengikutnya menunaikan haji secara persendirian dan naik kapal terbang dari Thailand. Ada yang berjaya dan ramai pula yang terpaksa menyorok di Siam dan bila jemaah balik mereka pun balik dan berlagak seperti haji mabrur.