Ahad, 11 Mac 2012

Ke mana nak bawa anak-anak anda musim cuti sekolah kali ini?




































http://www.melaka.gov.my/For more information, 

please log on to http://ppspm.gov.my or call Melaka River And Coastal Development Corporation at 06-2814322 / 23.


Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

Kerajaan negeri Melaka di pimpinan Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah berjaya mengubah dan mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan yang sangat popular hari ini.

Antara keistimewaan terbaru yang disediakan di sekitar Sungai Melaka, Bandar Hilir, Melaka, termasuklah:
  1. Perkhidmatan 'river cruise' sepanjang Sungai Melaka. akan di tingkat hingga Pantai Klebang di mana muzium kapal selam ditempatkan. Pelayaran sejauh 15 km akan bermula tidak lama lagi.
  2. "Malacca Duck Tours", bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran muara Sungai Melaka.
  3. Perkhidmatan Monorel Melaka menyelusur Sungai Melaka.
  4. Program tebatan banjir sebanyak RM90 juta serta RM120 juta untuk projek banjir kilat.
  5. Hotel "Casa del Rio" di Jalan Kota Laksamana.
  6. Menara Taming Sari yang berputar setinggi 110 meter di Bandar Hilir. Menara ini boleh berputar 360 darjah meniru konsep menara di Pulau Sentosa, Singapura. Kerja-kerja pendawaian profesional dilakukan oleh jurutera syarikat pembekal projek dari Switzerland. Namun menara berputar ini telah dipindahkan ke kawasan baru kerana di tepi sungai itu berjumpa runtuhan tembok bersejarah.
  7. Marina Melaka di muara Sungai Melaka - untuk sukan rekreasi laut.
  8. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berharga RM35 juta.
Sejumlah 6.8 juta pelancong antara bangsa dan domestik telah pun mengunjungi pelbagai lokasi yang menjadi destinasi tarikan pelancong terbaru iaitu menjejak sejarah Sungai Melaka. Agenda ini adalah hasil k transformasi Sungai Melaka yang dilakukan oleh DS Ali Rustam

Tebing Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, Melaka juga menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu.

Pada 9 Mac  Jumaat lepas Ketua Menteri telah merasmikan pembukaan Pasar Malam  di tebingan sungai tersebut bersebelahan stesen atau pangkalan bot dan monorel.

Perkhidmatan yang tergendala sedikit masa dahulu yang menjadi cemuhan pihak pembangkang telah kembali pulih seperti biasa.

2 ulasan:

  1. Another wonders of the world Gallery Microfungus House of Magic Potions Tanah Rata and KetikKetok!

    BalasPadam
  2. Tok Ali beritahu org Melaka kita yg org luar ni bila nak bawa anak mesti ingat Melaka.Ada macammacam.Orang Melaka kenalah sokong.Kalau kita dah gi Venice pun,baru tau sg Melaka lagi best,orang melaka buat penambahbaikan

    BalasPadam