Jumaat, 16 Mac 2012

Majlis Pelancaran Program Transformasi Lima Tahun YBK




Shah Alam- Selasa -13 Mac 2012 - YAB Dato Seri Najib Razak melancarkan Program Transformasi Lima Tahun YBK sempena ulang tahun ke-22 yayasan itu di sini..

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mampu menjadi rakan strategik kepada kerajaan Persekutuan dalam usahanya membasmi kemiskinan rakyat.

Antara objektif program itu ialah meningkat kan kapasiti Asrama Kasih YBK di Serendah kepada 1,250 pelajar pada 2016 berbanding 1,000 pelajar sekarang dan juga meningkat kan pengambilan pelajar di Pusat Latihan YBK daripada 1,161 pelatih kepada 9,111 dalam tempoh yang sama.

Pada majlis ini juga, Perdana Menteri menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara Akademi Kemahiran YBK dengan syarikat MIGHT METEOR Advanced Manufacturing Sdn Bhd dan Akademi Mutiara YBK Sdn Bhd dengan A.H. Razali Sdn Bhd, Manpower Addition Sdn Bhd, R.B.H Enterprise, Pancaran Asas Sdn Bhd, BBS Tas Con Enterprise Sdn Bhd dan Zedcon Engineering (M) Sdn Bhd.

Najib juga turut menyaksikan anak syarikat YBK, YBK Usaha sama Sdn Bhd menerima surat tawaran kemudahan pembiayaan bernilai RM31.9 juta daripada Malaysia Building Society Bhd bagi pembiayaan sebahagian kos pembinaan Universiti Teknologi MARA Jasin.