Rabu, 14 Mac 2012
Manjung Mari Manjung Mari lagi-lagi Manjung Mari
Manjungmari( MM) nampaknya semakin popular di Perak dan seantero dunia. TM dah banyak kali cerita mengenai sejarah kehidupan MM
Hari ini TM dapat lagi cerita mengenai beliau.
Pertamanya adalah dari pekerja syarikat perkapalan yang MM cari makan. Menurut pencerita ini, MM memang mulut laser, kerja dia mengutuk dan mengata kat orang lebih-lebih lagi yang berkait dengan YAB Menteri Besar Perak Dr Zambry, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan lain-lain.
Pencerita yang juga sama tempat bertugas memaklumkan bahawa MM datang kerja bawa laptop dan suka mengadap laptop dari bekerja sedangkan pekerjaannya langsung tidak memerlukan dia membuka atau menggunakan laptop.
Rupa-rupa bila diselidiki betul-betul blog MM, memang sah bahawa beliau bijak menggunakan masa senggangnya untuk menulis blog waktu kerja.
Setelah diamati betul-betul setiap artikel yang diuploadkan memang sah bahawa MM menggunakan masa kerja untuk buat posting blog.
Kebiasaannya blogger akan meletakkan tarikh dan jam pada bahagian bawah setiap artikel tetapi tidak pada MM. Dia cuba menyembunyi kan waktu atau jam postingnya.
TM harap majikannya Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd tamatkan saja perkhidmatan Manjungmari aka Mohd Desa Ahmed yang lahir pada 15 Ogos 1961 ini, buat apa simpan mangkok hayun macam ni.
Selesai cerita pertama, kita masuk bab kedua pulak.
TM mendapat perkhabaran bahawa pihak SUK aka pejabat MB dok nak cari orang yang boleh dedahkan siapa MM. Ada kata nak upah Double YY dari UMB untuk dedah kan MM..
Siapa orang di pejabat MB tu?
Agaknya pihak War Room Umno Perak lah-kut, jika benar war room nak cari maklumat tentang Manjungmari, tak payah susah-susah, buka saja blog taipingmali.blogspot atau 1taipingmali.com, banyak maklumat MM ada kat sana.
Apakah war room negeri tak baca blog Taipingmali? Sedih lah macam tu, sudi apalah kiranya setiap hari luangkan masa 4 atau 5 minit baca lah blog TM dan rakan-rakan lain yang bersusah payah menulis blog untuk mempertahan dan menyanggah serangan pembangkang tidak dihargai.
Bab Ketiga,
Baru-baru ini ada sebuah blog telah memanaskan politik Perak dengan mengutus kan surat terbuka kepada menteri besar. ia datang dari blog yang hebat yang tinggi hits nya berbanding TM.
Blog tersebut menuduh bahawa segala maklumat sulit dalaman Umno bocor kepada pihak pembangkang. Ramai yang sudah menuding jari kepada beberapa individu yang berasal dari balik sana yang kini berada dalam lingkungan.
Sampai hari ini TM melihat tidak ada satu pun penafian dibuat oleh mereka yang berada dalam lingkungan ini.
Kita tunggu seminggu dua nanti, TM yakin YAB Menteri Besar cukup kesal dengan surat terbuka tersebut dan seseorang mesti menjawab kepada pihak media.
Blog Gelagat Anwar menyerang lagi, kali ini gambar Hanafiah Man dipamerkan, kenapa Hanafiah Man?
http://gelagatanwar.wordpress.com/2012/03/15/de-facto-mb-perak-serius/