Sabtu, 17 Mac 2012
NDI: Kisahnya, PKRlah Sebenarnya Yang Guna Khidmat Nasihat Yahudi
SIAPA masih ingat isu APCO? Ala, APCO Worldwide yang konon ada kaitan dengan Yahudi itulah, yang buat Anwar terpaksa mengadakan ‘apologize road tour’ di USA sebab terbabas cakap mengutuk Yahudi lebih-lebih. Dek ’keterbabasan’ yang sama juga, Mossad memasukkan nama Anwar dalam ‘killing list’ mereka untuk 2011.
Itu yang buat Anwar ketar lutut tu sebab Mossad banyak bantu dia selama ini tapi bila dah berjaya sikit, mula nak melawan tauke.
Tapi sebenarnya dan rupanya, PKR yang sibuk pasal APCO Worldwide itulah yang sebenarnya menggunakan agensi ada kaitan dengan yahudi dalam aktviti mereka iaitu National Democratic Institute for International Affairs (NDI).
Kaitan NDI dengan Yahudi ini bersepah-kepah dalam internet, paling jelas hubungannya dengan Israel Democratic Institute (IDI) – nama pun hampir nak sama.
Malah sebelum ini pun dah lama disebut tapi kurang atau jarang orang nak ambil peduli. Pada macai Pakatan haram, kalau Anwar di gambar berpeluk dan bercium dengan Benjamin Nentanyahu atau Shimon Peres, itu baru ada kaitan dengan Israel.
Walhal ada beribu cara untuk Anwar berkaitan dengan Israel, bukan semestinya berpeluk bercium dengan Nentanyahu.
Jadi tidak hairan kenapa penyokong pembangkang sekarang tidak mampu lagi menafikan pembabitan NDI dalam aktiviti dan propaganda kempen mereka, malah mereka bangga mengakuinya dan menyifatkan tindakan tersebut adalah UNTUK MENCARI ILMU BARU.
Seperti sedutan dalam FB penyokong pembangkang di bawah:-
Cari ilmu baru memang dituntut tapi berguru dengan Yahudi untuk menjatuhkan negara Islam Malaysia?
Apa dah tidak ada firma perunding lain ke yang boleh di cara Anwar untuk memantapkan kempen politik mereka? Terpaksa juga nak mencari firma Yahudi. Bila bercakap tentang firma Yahudi dan politik ini, apa lagi matlamat utama mereka kalau bukan nak lemah kan atau jatuh kan negara Islam!!
Anwar perlu jelaskan ini, atau saman pihak mana yang menuduh itu.
Kita katakan saman sebab Anwar punya trend memang begitu. Pada dia, untuk mengatakan dia betul dalam satu perkara salah yang disebut oleh orang lain ialah dengan tindakan saman. Semua pencacai dia pun dah terikut begitu juga, “kalau salah apa aku cakap, samanlah”.
Yang pencacai ini lupa, bukan semua benda yang buruk orang cakap pasal Anwar, berakhir dengan tindakan saman. Eskay, Datuk Zul Nordin, Zahrain, Ummi Hafilda Ali dan banyak lagi sampai sekarang tidak disaman oleh Anwar walaupun dah berbuih mulut masing-masing bercakap yang ‘buruk’ (pada pandangan mata penyokong PKR) pasal Anwar.
Agama Islam melarang umatnya memfitnah sesiapa sebab selain dosa, fitnah itu akan kembali semula kepada siapa yang membuatnya. Dan terbukti dalam hal ini fitnah PKR mengenai UMNO menggunakan firma Yahudi APCO Wolrdwide itu telah berbalik kepada dirinya semula apabila menggunakan khidmat NDI ini.
Tak usah lah nak mengalihkan isu kepada mencari ilmu baru dan sebagainya, kami rakyat Malaysia bukan bodoh.