Jumaat, 30 Mac 2012

Pentadbiran DAP, Guan Eng Di Pulau Pinang Umpama "Penjajah Moden"



KUALA LUMPUR, 30 Mac -- "Sama ada penjajah dulu menindas golongan tertentu di kalangan rakyat atau pemimpin yang dipilih rakyat menjadi pentadbir kemudian menindas pihak tertentu di kalangan rakyat.. kategorinya sama saja seperti penjajah. Dalam Islam dosanya sama saja.

"Samalah seperti apa yang Guan Eng, DAP lakukan sekarang menjadi penjajah moden. Kalau dulu penjajah pentingkan siapa yang duduk di bandar, di Georgetown, di Bagan yang ada terlibat dalam aktiviti pelabuhan, meniaga rempah ratus yang boleh di bawa ke London... golongan ini diberi keutamaan.

"Hari ini Guan Eng pun buat perkara yang sama utamakan golongan tertentu di negeri ini sedangkan Pulau Pinang bukan hak orang kaya atau orang senang di mana orang kampong disisihkan, orang susah tidak dibela.. ini sama seperti penjajah dulu", kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman kepada UMNO-Online.