Ahad, 8 April 2012

Fitnah terbaru terhadap Ahmad Maslan

Seronok Muslimat Pas jumpa rumah senget, dah tanya ka asal usul dan parti apa?
Rumah ‘Senget’ Masih ada Di Johor
Posted on Saturday, April 07 @ 02:46:06 PDT


PONTIAN – YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang tergamam dan terkejut melihat suasana dhaif sebahagian besar penduduk Melayu Kampung Sri Tanjung Benut dekat sini, yang dianggap tidak sepatut berlaku di negeri ‘maju’ Johor Darul Takzim.

Beliau berkata, sewaktu mengadakan lawatan ke situ, ada rumah yang dikunjunginya berkeadaan senget dan hanya menanti masa untuk rebah ke bumi.


Ketua Dewan Muslimah PAS Pusat itu turut menambah, sudah pasti suasana sedemikian jika berlaku di negeri yang berstigma ‘miskin’ seperti Kelantan bagi sesetengah orang maka tindakan segera akan dilakukan.

Lebih menyedihkan lagi katanya, tempat yang dikunjunginya itu adalah kawasan Datuk Ahmad Maslan nyata menimbulkan sangsi dan rasa kesal.

”(Datuk) Ahmad Maslan cakap orang Kelantan miskin. Saya tengok tadi (di Kampung Sri Tanjung), tak ada di Kelantan. Senget nak masuk ke sungai. 30 tahun mendiami di situ. Kalau rumah macam ini di Kelantan, dah lama kami bina,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di dua buah lokasi iaitu mangsa kebakaran rumah kedai Pekan Ayer Baloi dan Kampung Sri Tanjung, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Turut serta, Pn. Hjh Atiah Hj Ahmad, Ketua Dewan Muslimah PAS Negeri Johor, Pn Fatimah Ismail, Ketua Penerangan, Dewan Muslimah Johor, Cg Normala Sudirman, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas dan Pn. Zabedah Hassan, Ketua Dewan Muslimah PAS Pontian.

Terdahulu, beliau turut menyempurnakan perasmian program Taklimat Penerangan Dewan Muslimah PAS peringkat Negeri Johor secara tertutup di Pusat Tarbiyyah PAS Pontian.

Harap Dato Ahmad Maslan dapat menjawab tuduhan Pas Kelantan..Maklumat diterima dari Johor, rumah tersebut milik pendatang asing