Hari ini Malaysia ialah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan dalam pada itu, agama lain bebas diamalkan oleh bukan Islam.
Jika kita menonton TV1, TV2, TV3 dan lain-lain. hanya rancangan agama Islam sahaja yang dibenarkan untuk siaran umum.
Jika Pakatan Pembangkang menang dalam pilihan raya ke 13, tuntutan Ambiga, Anwar dan Lim Kit Siang akan menjadi kenyataan. Akan ada program agama lain seperti yang berlaku di Indonesia.
Lihat pasangan Rinia Farid di dalam video di atas, Ini lah plurality beragama yang dibenarkan oleh Anwar Ibrahim.
Jamal Mirdad ( Islam) seorang penyanyi terkenal di Indonesia berkahwin dengan Lydia Kandu (Kristian) telah memberikan kebebasan kepada anaknya untuk memilih agama sendiri apabila dewasa.
Ini lah pluralisme yang akan dilaksanakan oleh Anwar dalam merealisasi janji-janjinya pada kaum yang membantunya dari segi kewangan untuk menawan Malaysia.
Hari ini Anwar memiliki wang yang cukup banyak dan bersiap untuk ditaburkan dalam pilihan raya akan datang. Sebut sahaja, berapa mahu, semua nya bisa diurus, asalkan Anwar dan konconya menang besar.
Ingatlah! Pilihan raya kali ini bukannya pertembungan antara Umno dengan Pas tetapi pertembungan survival melayu Islam menentang Anwar Ibrahim