Ahad, 22 April 2012

Parti Pas menyokong Puteri Balkis dan Khalifah Umar Abdul Aziz

Pas melabelkan diri mereka sebagai sebuah parti Islam dan Umno parti assabiyyah yang ortodoks, memperjuangkan suku dan kebangsaan, itu kata Nik Aziz.

Umno menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir iaitu Mca dan Mic. Ok fine, akan tetapi Umno bekerjasama dengan kafir zimmi yang tidak memusuhi Islam sedangkan Pas hari ini menyokong kafir harbi yang ternyata ingin memusnahkan Islam dan bangsa melayu.

Buktinya ialah Pas mengangkat dan menyamai  Lim Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz dan Ambiga sebagai Puteri Balqis.  Mereka bertakbir apabila dua tokoh ini berada di pentas politik.

Oleh yang demikian, siapa yang sebenarnya assabiyyah, Pas atau Umno?


Bagi bunga ros sempena hari Velentine
Pas angkat Ambiga LGBT sebagai puteri Balqis di Pasir Putih Kelantan

Berikut adalah tuntutan dan perjuangan Puteri Balqis@Ambiga
  1. Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggung jawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
  2. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikai kan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam
  3. Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikai kan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.
  4. Menjadi dalang di sebalik Risalah Perlembagaanku yang mahu menyisihkan Hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai Agama rasmi persekutuan.
  5. Pernah menganjur kan Demonstrasi di Sogo pada 9 disember 2007
  6. Menerima memorandum menuntut pelaksanaan Interfaith Commision (IFC) PADA 21 0GOS 2001
  7. Juga perhatikan Tuntutan beliau di dalam IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang terlibat dalam pembelaan kes Lina Joy dahulu. Beliau lah yang membela kes murtad Lina Joy dahulu sehingga Lina Joy secara rasminya telah murtad dari Islam
  8. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  9. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
  10. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali kan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendali kan oleh Mahkamah Sivil.
  11. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  12. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  13. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
  14. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  15. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  16. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.. 
  17. Bible dalam Bahasa Malaysia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  18. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  19. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  20. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya di kecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  21. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.