Parti pembangkang jangan syok sendiri bila dengar ayat Ku Li. Kata Ku Li PRU hendaklah benar-benar bebas. Jadi apakah kerajaan Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan mampu membebaskan diri mereka dari campur tangan dalam PRU 13. Jawapannya ialah tidak. Kerajaan negeri pembangkang akan menggunakan 200 peratus jentera kerajaan negeri untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Pembangkang hari ini ternyata kotor dan perlu dibersihkan. Anwar sudah ada dana yang terlalu banyak untuk PRU 13. Beliau mampu membiayai Pas dan Dap asalkan menyokong beliau menjadi Perdana Menteri. Pas dan Dap tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk PRU 13.
Menurut pembangkang PRU akan datang adalah paling hebat, paling strategik, paling mewah dari segi wang ringgit , paling kotor dan sanggup melakukan apa saja walaupun nyawa tergadai.
Anwar hari ini sanggup menjanjikan bulan dan bintang dan kerana dia ada dana yang cukup besar.