Selasa, 3 April 2012

Mistik barongan



SENI tradisi dan budaya masyarakat Jawa sememangnya unik dan mempesona. Di mana saja mereka berada, semangat jati diri dan kerumpunan masyarakat itu jelas kelihatan menerusi majlis kebudayaan atau pun kenduri-kendara.

Itulah yang mencerminkan identiti dan rupa masyarakat Jawa Ponorogo di negara ini bagi membezakan mereka dengan etnik lain. Selain bahasa yang nyata jauh berbeza, kepelbagaian budaya turut mewarnai keunikan masyarakat ini yang kebanyakan ada di Batu Pahat, Muar dan sekitar Selangor.

Meskipun mereka mengakui hakikat semua budaya yang diamalkan masyarakat ini berasal dari Pulau Jawa, Indonesia, namun mereka tegas menafikan berlaku peniruan budaya seperti didakwa segelintir pihak di republik itu.

Bagi mereka, apa yang diamalkan masyarakat dari Jawa Timur ini ialah kesinambungan budaya nenek moyang yang dibawa ke negara ini sejak 1920. Hakikatnya, asal usul mereka memang dari sana. Justeru, budaya mereka dengan masyarakat Jawa Indonesia pastinya sama.

Cuma untuk membezakannya, mereka cuba mencipta sedikit kelainan dari segi pakaian dan rentak gerak tari untuk diadun dalam rumpun masyarakat Malaysia.

www.bharian.com.my