"Peruntukan kerusi di kebanyakan negeri hampir diselesikan, hanya satu atau dua kerusi yang belum dimuktamadkan seperti dua kerusi di Perak dan satu di Pulau Pinang yang memerlukan perbincangan lanjut.- Anwar
Masalah di Perak paling teruk kerana Pkr sebenarnya sudah lumpuh dan tidak ada kekuatan langsung. Ceramah Pkr hanya dihadiri oleh penyokong Pas sahaja, banyak cabang dan ranting telah ditutup.
Mereka kecewa dengan Anwar yang main tunjuk-tunjuk sahaja, maksudnya Anwar menentukan kepimpinan peringkat cabang dan ranting. Hanya orang yang dia percaya dan disukainya diarahkan supaya dilantik sebagai pemimpin, bukan ditentukan oleh pihak akar umbi.
Oleh itu ramai orang Melayu Pkr kini menyertai Dap kerana sikap kuku besi yang ditunjukkan oleh Anwar. Puak-puak Melayu yang menyertai Dap itu ialah mereka yang asalnya dari Parti Semangat 46. Sewaktu S46 dibubarkan kebanyakan mereka sudah hampir untuk menyertai Umno tetapi dalam keadaan malu-malu kucing.
Selepas peristiwa pemecatan Anwar, mereka ini memilih untuk menyertai dan menyokong Anwar sehinggalah hari ini.
Jika PRU 12 Pkr dapat 7 kerusi di Perak, kali ini angka tetap ialah ZERO....