Sedih melihat anak-anak Melayu yang berdemo Sabtu lepas menuntut kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN.
Mereka terpedaya dengan kata-kata manis Anwar Ibrahim yang galak berceramah untuk hapuskan pinjaman tersebut.
Tahukah mereka bahawa pinjaman itu adalah untuk anak-anak miskin dan mereka yang mempunyai tanggungan ramai.
Bukan semua orang layak membuat pinjaman pun. Kalau ibu bapa berkemampuan sudah tentu anak mereka tak dapat. Kalau dapat pun jumlahnya amat kecil.
Anwar mahu kerajaan menanggung semua perbelanjaan di IPT awam dan mungkin IPT swasta juga. Ini kerja gila, tak pernah dibuat orang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.