Pembohongan Pas tentang kematian Ibrahim Libya dan pengikutnya dikatakan syahid. Alasannya ialah kematian mereka mempertahankan Islam. Kubur mereka kononnya sentiasa berbau harum, seharum kasturi atau setanggi.
Pendedahan orang Pas sendiri seperti cikgu Non penulis buku Air mata Memali dan ustaz Omar Khalid penulis kitab tafsir mubin mendakwa kubur yang dilabelkan sebagai kubur syuhada adalah pembohongan Pas. Setiap pagi selepas subuh orang suruhan Pas dikehendaki menjirus air mawar atau air haruman supaya pelawat akan percaya bahawa itu adalah kubur syahid.
Blogger Addin menyifatkan Papa Gomo makin sesat.
Eh! Lantaklah Papa Gomo nak cakap apa pun, itu hak asasi manusia, setiap warga diberi kebebasan untuk bercakap. Sama lah hak asasi untuk berhimpun di dataran merdeka seperti yang dituntut oleh Puak-puak Pas dan lain-lain.
Blog Papa Gomo juga dilabelkan sebagai blog Porno. Macam mana yang dikatakan Porno? Harap Pas yang arif tentang porno dapat memberi jawapan.
Apakah maksud porno sama seperti pendedahan salah laku seks mirip pemimpin pembangkang seperti Anwar, Azmin, Din Pudu, Adun Selising dan Adun Perupok?
Kalau itu yang dimaksudkan, memang hebat pemimpin Pas, Pkr dan Dap.
Dalam persilatan, kalau bergaduh antara dua pendekar, mereka akan gunakan akal untuk menjatuhkan kawan.
Sama juga dalam Pas dan Pkr, sesama mereka ingin menjatuhkan antara satu sama lain. So berperanglah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.