MB Tidoq saja tau |
Ini jelas melanggar syariat dan syiar Islam malah tidak seiring dengan Islam agama rasmi negara. Kita bukan nak membangkit kebencian umat Islam terhadap pembinaan berhala ini. Kita hormati rakan-rakan beragama Buddha. Cuma apa yang nak disebut adalah pembohongan PAS yang nyata.
Penulis meminta maaf kepada rakan-rakan beragama Buddha jika ada yang kurang selesa dengan artikel ini.
Pasti semua telah mengetahui akan cerita ini dan dianggap isu basi. Tapi inilah kebenaran yang harus dinyatakan.
Ceritanya bermula begini, pada zaman pemerintahan UMNO dulu, MB (UMNO) didalangi oleh sekumpulan penduduk Siam meminta keizinan membina sebuah berhala Buddha yang agak besar di sebuah kuilnya di (Wat) Kg. Beruk (sekarang Kg.Jambu), tetapi mengambil masa bertahun barulah dijawab tetapi tidak diluluskan oleh anggota Exco, maka dibuat rayuan dengan campur tangan Gabenor Siam di Yala dan Narathiwat.
Maka setelah dipertimbangkan maka Exco (semasa UMNO) meluluskan dengan syarat berhala ini mesti tidak melampaui tinggi mana-mana menara masjid sekitarnya. Maka berjaya lah dibina sebuah berhala baring(tidor).
Tetapi sewaktu diperintah oleh Ulama, permohonan membina berhala yang tertinggi di Asia Tenggara telah diluluskan dalam jangka waktu kurang 6 bulan kerana, masa itu dah dekat dengan pilihan raya. Maka berjaya lah dibina berhala duduk tertinggi di Asia Tenggara di Kampung Jubakau Pantai dan kemudiannya berhala berdiri di Wat Phikul Thong Kg. Terbak, Tumpat, Kelantan.
Inikah yang disebut perjuangan menegakkan Islam oleh PAS?? Jika benar seperti ini maka HARAM bagi kita umat Islam mengundi parti PAS ( jgn mimpi nak masuk syurga kalau undi PAS). Bagi penulis PAS tidak layak menggunakan simbol bulan ciptaan tuhan kerana menghina kesucian dan syiar Islam yang PAS sendiri laungkan.
Apakah PAS melakukan sumbang mahram terhadap Islam yang kononnya menjadi teras perjuangan mereka, apa yang penulis nampak simbol PAS adalah sebuah angka sifar(zero) di atas berlatar belakang kan warna hijau. Sifar bermaksud tak ada apa²..kosong.
Dan tak boleh buat apa² seperti terbukti di Kelantan setelah memerintah berpuluh tahun. Apa yang nampak dibuat oleh PAS adalah sebuah pusat tarbiah PAS ( PUTIK) dan beberapa berhala. Yang lain seperti Balai Islam, air port, Pasar Buluh Kubu( Pasar Siti Khatijah), Pusat Pentadbiran kerajaan Kota Darul Naim dan banyak lagi, semua adalah bekas peninggalan kerajaan UMNO sulu. Yang nampak satu lagi dibuat oleh PAS adalah dataran tempat remaja lepak dan minum arak iaitu Dataran Darul Kota Bharu. (Putik pon di atas pertolongan pertubuhan Yahudi dan Us Embassy).
Apa yang menyayat hati adalah penghijrahan anak muda Kelantan ke negeri-negeri lain untuk mendapat ihsan dan tempat mencari rezeki untuk di taburkan kepada ayah bonda dan adik-adik kecil di negeri asal tempat tumpah darah negeri Kelantan Darul Naim.
Sekali ia ditegakkan, maka berdirilah berhala itu di situ sampai hari kiamat. Kesilapan ini harus diterima dan tidak boleh kita mengungkitnya kerana ada di antara kita yang mengundinya, maka dosa ini sama-samalah pengundi kongsi dan sesungguhnya ini adalah kerja menyekutukan tuhan secara tidak sedar. Pernahkah kita dengar ayat ini yang sering dibaca oleh Tok Guru Nik Ajis " Jangan sangka yang kamu nampak elok dan baik itu sebenarnya kebajikan. Kadang-kadang apa yang kamu sangka baik bagi kamu adalah sebaliknya.
Bertaubat lah, semoga kita di landasan yang betul. Semoga Allah mengampunkan kita. Kesilapan PAS paling besar dan tidak akan dimaafkan, yang mana dosanya akan sama-sama kita saksikan di Padang Mahsyar. Wallahhualam.- Mesra.net Forum 2004.