Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya. Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan.
Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar 'membersihkan' diri. Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat.
Mak Tom tahu dan Mak Tom malu apabila segala kelakuan gelap Azmin, dari segi korupsi, skandal seks mahupun kedayusannya bukan lagi rahsia. Apatah lagi, dengan tindak-tanduk Azmin sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala tuduhan tersebut adalah benar belaka.
Sebagai respon kepada tindakan Mak Tom yang muncul di kaca TV, Azmin Ali sebagai seorang politikus tulen membuat kenyataan menafikan yang dia telah berlaku derhaka kepada ibunya. Namun, saranan Mak Tom agar mengemukakan saman terhadap pihak yang berkenaan serta bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya dari tuduhan skandal seks terbaru langsung tidak diambil pusing oleh Azmin.
Malah, Azmin tergamak menuduh ibunya sebagai dibeli UMNO. Begitu rendah sekali diletakkan martabat ibu sendiri iaitu sebagai wanita tiada harga diri, tiada maruah dan tiada pendirian. Azmin seolah-olah meletakkan taraf ibunya sama dayus dan sama murah seperti dirinya yang sanggup berbuat apa saja demi kemewahan.
Sudahlah Azmin menghancurkan hati Mak Tom dengan bercakap kasar, dan enggan menjenguk beliau sekian lama, kini setelah Mak Tom membuat rayuan terbuka, Azmin bukannya cuba memperbaiki keadaan tetapi menambah lagi penderhakaannya dengan menuduh ibunya sebagai wanita yang boleh dijual-beli dengan wang.
Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga turut menghentam Mak Tom, menuduh beliau dengan tuduhan yang sama, iaitu dibeli UMNO.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.