Ahad, 20 Mei 2012

BANDAR SERI MANJUNG MENJULANG BENDERA BN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDQnyIn0neIyVkZ1ms8VMcqRu3DbFrp1IvmpOcB-KLnKHfrHnlYCEc9mMmFrvYFHd370i1i4klijIjsKBWblTq2D6jnAcVHrCgFj4s1JFLIeJk_DvD3uyxNu25Mmb1TZcSrspTfb72VHQ/s1600/PERAKTODAY162.jpg
Hutan Paya Bakau musnah sama sekali
Kawasan Manjung, DUN Pasir Panjang pasti bertukar bendera, dahulu bendera Bulan Kosong, kali ini bendera BN dan UMNO bakal menenggelamkan bendera kapir harbi yang didokong oleh Pas.

Penduduk Kg Pasir Panjang sudah muak dengan perangai kebudak-budakan waki rakyat yang mereka pilih 4 tahun lalu.

Contoh ketara ialah isu tokong besar yang dibina di kampung teluk buaya yang merosakkan hutan bakau telah menunjukkan sikap Nizar sebenarnya.

Dalam isu tokong dan jambatan batu, dua blogger Pas iaitu Otai Manjung dan Manjungmari telah menyalahkan Menteri Besar Perak kononnya Dr Zambry bertanggung jawab terhadap pembinaan tokong , jambatan dan kemusnahkan hutan paya bakau.

Kalau Dr Zambry bersalah, kenapa Nizar Jamaluddin tidak membangkitkan perkara tersebut di dalam dewan Dun?

Satu perkara lagi ialah kenapa Nizar tidak membuat demo di hadapan tokong yang telah merosakkan hutan simpan paya bakau, sebaliknya Nizar mengangkut orang Pas, Pkr dan Dap untuk berdemo di Teluk Rubiah yang dibangunkan sebuah kilang besi Vale.

Kepada pembaca yang ingin melihat tokong gergasi tersebut boleh lah ke sana dan masuk melalui Bandar Seri Manjung dan terus ke Kampung Dato Seri Kamarudin Isa. selepas jambatan kecil boleh masuk ke Kampung Pasir Panjang sampai ke hujung.

Berapa minggu lalu TM ada menyiarkan rakaman video tentang kemusnahan hutan yang dibuat oleh Otai Manjung dan Manjung mari menuduh TM menghentam Dr Zambry.

So, Now eloklah Pas buat demo bersih 3.1 di hadapan tokong tersebut.

BARISAN NASIONAL TAWAN PASIR PANJANG