Isnin, 7 Mei 2012

Konvoi Bermotorsikal Sempena Hari UMNO Ke-66 Bermula

Published on May 5, 2012 by umnohq

KUALA LUMPUR, 6 Mei -- Konvoi bermotorsikal berkuasa besar, yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Dr. Seri Zahid Hamidi bersempena menyambut Hari Ulang Tahun UMNO ke 66 yang akan disertai oleh 66 buah motorsikal berkuasa besar berlepas dari PWTC di sini hari ini.

Konvoi tersebut bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Melaka dan akan disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam di Padang Taman Bandar Baru di Masjid Tanah, Melaka.

Pada Isnin ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi akan menyerahkan bendera UMNO kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Pada hari yang sama, konvoi akan meneruskan perjalanan ke Bagan Pinang untuk acara majlis penyerahan bendera UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Menurut Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, konvoi ini adalah satu perterjemahan atau simbolik kepada UMNO yang merupakan satu parti pembela rakyat yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Sempena ulang tahun UMNO yang ke 66 ini, saya anggap konvoi motorsikal ini merupakan satu terjemahan kepada perjuangan UMNO sebagai sebuah parti yang sentiasa membela dan mendahulukan rakyat, kerana melalui konvoi ini, kita akan turun bertemu dengan rakyat di setiap persinggahan. Selain daripada motorsikal berkuasa besar, konvoi ini juga akan turut disertai oleh motorsikal di bawah 500 cc," jelas beliau.

Konvoi akan meneruskan perjalanan ke Rantau, Negeri Sembilan dan kemudiannya ke Genting Highland sebelum bertolak ke Temerloh bagi menghadiri upacara minum petang bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Adnan Yaakob dan seterusnya bergerak pulang ke Kuala Lumpur semula untukmenghadiri majlis sambutan 'Larian Bendera Sang Saka Bangsa' dan konvoi bermotosikal Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. -- MediaUMNO