Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan
Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia,
Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia
Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada
23 hingga 27 Mei 2012.
Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang
diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat
dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.
Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang
berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat
nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika
berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.
Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan
khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja.
Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai
ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info
dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal
ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya!
Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776)
Seketeriat HBN 2012