Khamis, 31 Mei 2012

Pesan orang tua-tua, jangan tunjuk hero, ada lagi orang lain yang lebih hero




Sakit sangat kaaa?

Penganjur Perhimpunan Hindraf 2.0 yang juga pemimpin DAP Selangor, V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu, yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.

Serangan yang berlaku di Klang itu dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Indraf 2.0 pada Ahad ini yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di Brickfields itu dijangka akan disertai kira-kira 3,000 peserta. Lengan Raidu telah patah dengan beberapa kecederaan lain manakala hidung Ganabatirao juga telah patah.

Mengimbas kembali kejadian itu, Ganabatirao berkata serangan itu berlaku pada jam 10 malam.

"Kami berada di Meru untuk menghadiri satu upacara pengebumian apabila tiga samseng itu menghampiri kami. Salah seorang daripada mereka menggunakan kunci stereng kereta dan menyerang kami," kata Ganabatirao yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Klang.

Beliau juga mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat di atas serangan tersebut.

"Seorang inspektor polis telah merekodkan kenyataan saya pada pukul 3 pagi tadi. Bagaimana pun polis belum lagi mengambil percakapan Raidu," katanya, sambil menambah bahawa Raidu telah menjalani pembedahan.

Ditanya mengenai punca serangan tersebut, Ganabatirao berkata bahawa samseng tempatan itu mungkin takut dengan pengaruhnya yang berjaya menarik lebih ramai sokongan orang ramai di Meru