Khamis, 31 Mei 2012

Radzi Zainon di Sg Rokam 28.5.12 - Part 1

Radzi Zainon kata dia dapat maklumat daripada rakan-rakan di Pejabat SUK Perak dan Putrajaya menyatakan Pakatan Rakyat akan menang di Perak. Wah....ada kebocoran maklumat kah, siapa mereka itu?

Seterusnya Radzi juga sebut bahawa semasa Pakatan Memerintah, ada pegawai kerajaan mendedahkan laporan mesyuarat exco kepada BN. Radzi juga sebut ada pegawai kanan kerajaan Perak akan sertai Pakatan. Siapa orangnya Datuk SS atau bekas pegawai kewangan negeri?

Paling menarik perhatian ialah apabila Radzi menyebut bahawa Pas perlu menang lebih kerusi berbanding Dap dan Pkr. Ia bertujuan untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan. Pas tidak mahu lagi menang setakat 6 kerusi seperti dahulu. Oleh itu Pas perlu menang sekurang-kurangnya 22 kerusi.

Radzi juga mahukan kaki tangan kerajaan perlu memihak dan membantu kerajaan semasa. Bagaimana pula dengan kaki tangan kerajaan hari ini , 85 % menjadi penyokong pembangkang?

Fakta Radzi mengenai Kelantan amat menyeleweng, terdapat hanya sebuah hotel 5 bintang iaitu Hotel Renaissance dan hanya 4 hotel sahaja mendapat 4 bintang.

Radzi jangan nak mengarut lah, pelancong tempatan pergi ke Kelantan kerana nak membeli belah barangan siam iaitu di Bukit Bunga, Pangkalan Kubur dan Rantau Panjang sahaja.