Khamis, 31 Mei 2012
Rakyat Berang Boon Chye Rasis
Tindakan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang sengaja mencetuskan huru hara di Taman Desa Aman diselar oleh penduduk kawasan itu.
Petang semalam, Boon Chye telah membawa beberapa orang luar yang dipercayai bukan penduduk Taman Desa Aman bagi mengadakan demonstrasi bantahan ke atas pembinaan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) berhampiran taman permainan.
Berang dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu, hampir 50 penduduk kawasan perumahan berkenaan tampil membuat bantahan selain mempertahankan pembinaan sekolah tersebut.
Ketua Masyarakat Taman Desa Aman, Mohd Nawawi Che Eik, memberitahu demonstrasi tersebut diadakan bagi membantah tindakan Boon Chye yang dianggap menceroboh tapak SAR dan seterusnya mengganggu pembinaan sekolah tersebut.
“Kenyataan Boon Chye petang semalam hanyalah satu pembohongan apabila dia mengatakan tapak ini belum diluluskan lagi.
“Sebenarnya kita dah mohon untuk mendapatkan tapak tanah ini mengikut prosedur yang kerajaan tetapkan….kita dah dapatkan peruntukan sebanyak RM100,000 daripada kerajaan negeri dan RM20,000 lagi disalurkan oleh Majlis Agama Islam Perak bagi tujuan membina sekolah.
“Malah, pembinaan sekolah ini juga sudah mendapat persetujuan daripada penduduk setempat tetapi semalam Boon Chye datang membawa penduduk yang entah dari mana dan membantah kononnya sekolah ini nanti akan menganggu pemandangan penduduk berhampiran.
“Apa yang ganggunya, kawasan ini luas malah padang permainan juga masih cukup besar untuk penduduk menjalankan aktiviti di sini….bagaimana dia boleh kata pembinaan sekolah telah mengganggu penglihatan,” katanya.
Apa yang pasti, tindakan Boon Chye ternyata tidak relevan malah sengaja mencetuskan kemarahan penduduk di kawasan berkenaan.
Malah lebih teruk, sikap Boon Chye yang seperti menentang pembinaan sekolah beragama rakyat itu dengan jelas menunjukkan wakil rakyat PKR itu tidak mengambil kira kebajikan masyarakat beragama Islam.
Semalam, Boon Chye telah membawa 30 orang luar bagi membuat bantahan di kawasan terbabit