Sabtu, 5 Mei 2012
SIDANG AKHBAR ISU KEMUSNAHAN BAKAU NEGERI PERAK (SCENE 1/9)
Uploaded by otaimanjung on Aug 11, 2011
10.08.2011. Lapangan Tokong Pasir Panjang Laut, Sitiawan.
Sidang Akhbar oleh Presiden Sahabat Alam Malaysia yang diwakili oleh Sdr Meor Razak. Turut serta Wakil Penduduk, Krew OM, Team Lensa Masyarakat, Lajnah Alam Sekitar Pemuda PAS Lumut, Pegawai Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang dan beberapa NGO termasuk Persatuan Nelayan Manjung dalam bantahan rasa kekecewaan Pihak Berwajib terutamanya Kerajaan Negeri Perak yang tidak serius dengan kemusnahan paya bakau terutamanya sekitar daerah Manjung.
Dengan izin Allah, hujan lebat bermula seawal jam 9 pagi memperlihatkan kepada wakil media menyaksikan sendiri kesan-kesan dari lokasi yang dijadikan contoh 'kecil' kemusnahan bakau dan persisiran pantai yang dikonkritkan secara tidak Mesra Alam. Angin kecil pagi itu cukup menyatakan kebimbangan dari wartawan yang hadir dan dapat selami bagaimana penduduk sekitar menghadapi dugaan yang lebih besar tanpa diduga. Ini hanyalah lokasi contoh kecil, bahkan ada yang lebih dasyat sepanjang pantai Negeri Perak. Setelah habis sahaja Sidang Media, hujan berhenti dan para media berkesempatan juga melihat contoh kecil hakisan persisiran pantai dengan lebih dekat dan lapangan yang dahulunya dipenuhi paya bakau ditambak oleh kerakusan manusia yang tidak mempedulikan eko-sistem. Ada yang terkejut besar! dan tertanya siapakah yang meluluskan projek di lokasi contoh ini?!?! Masing-masing tersenyum kerana tahu angkara siapa kalau bukan Si Penguasa yang memerintah Negeri ini.
Terima Kasih kepada Wakil Media dari The Star, BH-Metro-NST, Perak News & Sinar Harian yang turut bersama menyelami permasalahan besar terhadap kemusnahan Bakau, Hakisan pantai serta Pencemaran Alam