Isnin, 11 Jun 2012

Akhirnya PAS Berjaya Hancurkan Kulim Hi-Tech Park

Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah. Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.

Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia.

Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS. Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.

Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji Muhammad Sobri Osman, Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru. Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.

Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah. Dan sejak dari zaman BN lagi, Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.

Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah. Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.

Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya. Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian. Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.

Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC juga diambil alih oleh PAS. Ini menyebabkan ramai orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.

Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja. Pengurusan baru juga mengambil tindakan 'membuang' pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN. Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang pastinya berniat untuk membalas dendam.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti. Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC. Namun, khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC. Membawa sikap biasa seorang 'lebai PAS', Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.

Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat?

Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan. Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.

Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.