Selasa, 5 Jun 2012

Antara To Kong Pasir Panjang dan Kilang Vale Teluk Rubiah

YB Nizar Jamaluddin Adun Pasir Panjang lebih sayang akan To kong cina berbanding dengan kilang Vale di Teluk Rubiah.

Beliau sanggup membawa isu Vale ke dalam dewan Dun dan membawa gerombolan puak-puak penyokong beliau membuat demonstrasi membantah pembinaan kilang tersebut. Bantahan menyebabkan puak-puak pelampau yang berselindung atas nama Islam sanggup merosakkan kenderaan syarikat pembinaan kilang tersebut.

Dalam masa yang sama sebuah kampung yang dikenali sebagai Lubuk Buaya di hujung Pasir Panjang yang asalnya sebuah tokong cari makan dan pusat menternak burung walit telah membangun kan kawasan tersebut sebagai sebuah tokong yang besar mengalahkan wat siam di Kelantan dan pagoda di Pulau Pinang.

YB Nizar telah menggunakan khidmat dua bloggers terkenal dari Manjung untuk menghentam YAB Dr Zambry kononnya Menteri Besar terlepas pandang dalam kemusnahan hutan paya bakau tersebut.

Sepatutnya dalam isu ini , YB Nizar jika beliau tidak terlibat dalam pembangunan tokong tersebut, maka beliau hendaklah menyusun bala tentera Pas, Pkr dan Dap untuk membuat demo 100 ribu membantah pembinaan tokong dan tambak laut yang telah menyebabkan kerosakan dan kemusnahan hutan paya bakau di kawasan beliau.

Jika enggan berbuat demikian , ia mengesahkan bahawa Nizar adalah dalang atau sekutu tokong yang bertanggung jawab dalam semua hal tokong tersebut.