Namanya
 Nazri Nordin yang juga bekas guru macam Lebai tua Kampung Sungai Rokam.
 Cikgu Nazri ini pernah mendapat projek membina Kompleks Kemas Gopeng 
daripada Dato Aziz Shamsuddin yang ketika itu sebagai Menteri 
Pembangunan Luar bandar dan juga Ketua Bahagian Gopeng yang bernilai 
jutaan ringgit juga. Tetapi projek itu telah dijualnya kepada satu 
kontraktor dan cikgu Nazri hanya mengambil komisen.
Kemudian
 Cikgu Nazri ini terlalu kerap dilihat dalam program Datuk Aziz 
Shamsuddin kerana untuk melobi pelbagai projek. Itu sahaja kerja Cikgu 
Nazri Nordin yang kononnya berjuang berhempas pulas dalam UMNO.
Apabila
 kerajaan negeri Perak jatuh ke tangan rejim cina DAP Cikgu Nazri mula 
dilihat rapat dengan beberapa pemimpin tertinggi Pas seperti Ahmad Awang
 yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, Nizar Jamaluddin yang 
ketika itu menjadi MB boneka rejim DAP dan beberapa pemimpin Pas yang 
lain dengan harapan dapat projek jutaan ringgit.
Apabila
 rejim cina DAP berjaya dihapuskan, cikgu Nazri mula menggelabah ke sana 
tak kena ke sini tak kena. Nak jumpa pemimpin Pas sudah tiada kuasa dan 
nak jumpa pemimpin UMNO malulah pula. jadi dia dok meroyan seorang-seorang
 di rumahnya di Rapat Setia.
Semasa
 pilihan raya kecil Permatang Pauh cikgu Nazri dan isterinya pernah 
mencium tangan Anwar Ibrahim kononnya akan sentiasa berjuang bersama 
Anwar ke mana sahaja.
Cikgu
 Nazri percaya rejim Cina DAP akan berjaya memenangi PRU 13 dan 
sekaligus berjaya memerintah negeri Perak sebab itu dia dan isterinya 
menyertai Pas malam tadi. dengan harapan bila rejim DAP berjaya 
menakluki Perak peluang untuk mengaut projek akan terbuka luas.
Isterinya hanya dikenali Kak Ros pernah menjadi AJK wanita Bahagian Gopeng dan kalah dalam pemilihan yang lepas.
Mereka mempunyai rumah banglo agak besar dan mempunyai 5 buah kereta. Banglo mereka terletak di kawasan Rapat Setia.
Apa
 yang saya nak simpulkan di sini orang-orang UMNO yang bersifat parasit 
seperti cikgu Nazri ini sepatutnya sudah lama meninggal kan parti UMNO.  Kita
 semua sepatutnya bersyukur kerana majlis meraikannya telah dilakukan 
oleh Pas di Taman Maju Rapat.
UMNO
 tidak akan rugi apa-apa, jika orang seperti ini menyertai Pas kerana 
jika masih menyimpan parasit sebegini UMNO juga akan rosak. Jangan risau
 satu pergi 50 akan mari.
Sementara
 itu malam tadi Pas begitu berpesta di Taman Maju Rapat kerana berjaya 
mendapat ahli UMNO yang menyertai Pas sehingga melakukan rusuhan dengan 
memotong wayar speaker majlis penduduk.
Ceramah
 Pas menampilkan Aisyah selain dari memburuk-burukkan kerajaan Aisyah 
juga menyanyi janji manismu di malam Jumaat sambil diiringi petikan gitar
 daripada penyokong Pas. Hebat Pas malam tadi ramai Tok Lebai Pas tidak 
berkelip mata melihat susuk tubuh Aisyah dan tidak berganjak sehingga 
habis nyanyian.
