Ahad, 3 Jun 2012

BN zalim kerana mengizinkan alamatnya digunakan oleh 22 pengundi



Pasangan ini telah dihadiahkan 1 unit TV LCD 42".

Alamat rumah mereka telah digunakan oleh 22 orang pengundi seperti yang tercatat dalam daftar pemilih SPR.


Pasangan ini ialah Sahlan Hamdan (66) dan Rodiah Ahmad (65).

Mereka mempunyai 22 orang anak (10 lelaki dan 12 perempuan) yang berumur antara 21 hingga 47 tahun). Ini bermakna semua anaknya adalah merupakan pengundi.

Jadi apa yang nak dipertikaikan kalau 24 orang menggunakan satu alamat, seperti yang dicurigai oleh Ambiga dan rakan-rakannya dari DAP, PAS dan PKR?


Semalam, merupakan hari bersejarah bagi pasangan yang mempunyai anak seramai 22 orang dan cucu yang berjumlah 42 orang.

Mereka bertuah kerana mendapat hadiah dari PM DS Najib.

Selain pasangan berkenaan, seorang ibu tua (berbangsa Cina) turut mendapat hadiah yang serupa kerana melahirkan 15 orang anak.

Sementara, pasangan dari keturunan India yang mempunyai 11 anak turut menerima hadiah.

Semua mereka diraikan dalam majlis di Pandamaran, Klang.

Tahniah buat ketiga-tiga keluarga besar berkenaan.


sumber : AKAR UMBI