Isnin, 25 Jun 2012

Bukti Majlis Peguam Sudah Mampu Berinteraksi Dengan UMNO - Hafarizam Harun

Published on Jun 25, 2012 by umnohq
KUALA LUMPUR, 25 Jun -- Forum Siri Pemikiran Kritis yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik bagi menyemarakkan lagi perbincangan secara ilmiah berkenaan institusi undang-undang di negara ini, kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun.

Menurut beliau, dengan wujudnya siri-siri forum seperti ini, perbincangan demi perbincangan untuk menambahbaikan sistem undang-undang di negara ini boleh dilakukan dengan idea-idea yang diluahkan oleh panel dan juga peserta forum berkenaan.

"Tindakan Majlis Peguam menjemput saya sebagai wakil dari UMNO juga membuktikan bahawa Majlis Peguam kini sudah mampu untuk berinteraksi dengan UMNO dan ini merupakan satu langkah permulaan yang baik untuk kedua-dua belah pihak," jelas beliau.

Lagi http://umno-online.com/?p=63488

Tiada ulasan:

Catat Ulasan