Rabu, 20 Jun 2012

ARKIB: Dulu Setia, Kini menderhaka


Jus Soli



British adalah pemerintah Tanah Melayu terakhir sebelum negara mencapai kemerdekaan, namun British tidak melepaskan begitu sahaja . Corak dan politik negara masih dibawah telunjuk dan kehendak mereka , untuk merdeka negara terpaksa akur semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh British.

Jus soli adalah salah satu syarat yang terpaksa diterima oleh kerajaan dibawah Tunku Abdul Rahman dan orang Melayu ketika itu .

Jumlah peratus orang melayu pada tahun 1947 ialah 49.8 % berbanding dengan 50.2% orang dagang (Cina, India, dll)

Suruhanjaya Reid telah meletakkan prinsip jus soli sebagai dasar kerakyatan perlembagaan merdeka.


(1)Kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang,


A) Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah melayu sebelum, pada dan selepas merdeka.


B) Orang-orang yang lahir dalam negeri sebelum hari kemerdekaan dan tinggal di Tanah Melayu sebelum hari merdeka.


C) Rakyat British yang lahir di luar Tanah melayu tetapi sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu.


(2)Kerakyatan secara permohonan


A) Seseorang yang berumur 18 tahun , bersumpah taat setia tinggal selama-lamanya di Tanah Melayu dan tinggal 8 dari 12 tahun, tahu berbahasa melayu atau bahasa Inggeris secara lisan.


B) Isteri dan anak angkat seorang warganegara Tanah Melayu


Rakyat Naturalisasi
Seorang yang berumur 18 tahun , mengangkat sumpah taat setia dan mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bahasa Melayu.

Dengan ini, ada dua prinsip yang merugikan orang Melayu sebagai pribumi negara ini.

Prinsip jus soli telah digunakan dengan seluas-luasnya meliputi sesiapa sahaja yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka.

Suruhanjaya mencadangkan dua kerakyatan iaitu rakyat British atau dari negara Komanwel yang lahir di negara lain dibenar mengekalkan kerakyatan negara asal. (menguntungkan rakyat Hong Kong jika mereka berhijrah)

Ternyata kedudukan istimewa melayu menjadi galang ganti kepada kerakyatan jus soli. Tetapi untuk merdeka orang melayu terpaksa akur dengan kehendak Suruhanjaya Reid.

Hari ini isu ketuanan Melayu sekali lagi di bangkitkan. Orang melayu sudah banyak beralah dan berlembut dalam soal ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan