Selasa, 26 Jun 2012

Pendedahan Zaliah Zakaria amat menarik


  1. Zaliah Zakaria, 56, mengakui mengenali Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd. 
  2. Syarikat Wira Tangkis banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 
  3. Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta. 
  4. Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang. Berikutan dakwaan itu,
  5. Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an. Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.
  6. Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.
  7. Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.
  8. Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.
  9. Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi. Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.
  10. Pendedahan yang Ummi lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.
Zaliah menyatakan ia menjalankan perniagaan pada akhir 90an , ini bermakna Anwar sudah pun menduduki kerusi TPM dan sedang membina empayar politik dan kekayaan. Jika dia menceburi bidang perniagaan pada tahun 1995 bermakna usianya baru 39 tahun. 

Tahun 2000 dia ke Dubai dan hartanya semuanya sudah berpindah milik, pindah kepada siapa? Sudah tentu wujud satu MOU antara Zaliah dengan seseorang yang sangat VIP.
Anwar juga terbabit dalam sukan berkuda dan sukan air (jetski)
Bagaimanapun kisah atau pendedahan Zaliah amat menarik untuk diterokai. Dap dan Pas ketika itu telah mendakwa Anwar terlibat dengan judi lumba kuda dan Dato Nalla adalah orang penting dalam Magnum yang juga berkait rapat dengan judi lumba kuda. Pas juga mendakwa Anwar mempunyai hubungan istimewa dengan Tauke Genting iaitu Lim Goh Tong dan ramai lagi