Rabu, 20 Jun 2012

Salah Guna Lambang Kerabat DiRaja

Kerajaan negeri menggesa agar mangsa sindiket penipuan menjual lencana kereta dengan lambang negeri Perak serta keahlian ‘Ahli Diraja’ tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan berkata, laporan itu diperlukan pihak polis untuk menangkap individu yang terlibat dalam sindiket penipuan yang menawarkan watikah keahlian palsu kepada orang awam.

“Kerajaan negeri menasihatkan orang awam yang telah terpedaya atau didampingi oleh mana-mana pihak yang menawarkan keahlian tersebut tampil membuat laporan kepada pihak polis,” jelasnya.

Sila masuk untuk butiran lanjut di PERAK TODAY