Ahad, 3 Jun 2012

SHREK PECAH PANGGUNG


SHREK PECAH PANGGUNG
Bandar Alor Setar semalam seperti dipenuhi dengan kaum-kaum yang lebih sesuai dipanggil sebagai SHREK.

Mengapa penyokong dan pemimpin PAS ini dipanggil SHREK?

Secara relevannya, seorang yang menyokong dan memimpin parti Islam ini sepatutnya mempunyai akidah yang lebih baik daripada golongan yang tidak menyokong.

Ia sebagai contoh atau teladan yang perlu ditunjukkan pemimpin dan penyokong PAS dalam usaha menarik rakyat Malaysia menyertai parti yang memperjuangkan Islam itu.

Namun, apa yang berlaku sepanjang Himpunan Bersih anjuran kelab-kelab SHREK SeMalaysia di Kedah itu ternyata menampakkan kedangkalan penyokong dan kepimpinan PAS di semua peringkat.

Mungkin perkara itu telah lama disedari penyokong PAS sekitar Kedah, maka dapat dilihat yang ramainya didalam stadium itu hanyalah penyokong-penyokong dari Kelantan.

Persoalannya, di mana ahli-ahli PAS Kedah berada pada malam itu.

Pemerhatian PerakToday mendapati, ahli-ahli PAS Kedah kebanyakannya berada di kedai-kedai mamak dan restoran tom yam berdekatan stadium.

Langsung mereka tidak hiraukan Presiden SHREK mereka hadir serta Mursyidul AM SHREK sedang berucap.

“Lebih baik tengok Final Super Spontan daripada dengar Hadi berucap,” antara kata-kata ahli PAS Kedah ketika berbual-bual dengan geng-geng SHREKnya.

Apakah yang boleh disimpulkan dari Himpunan SHREK malam tadi adalah kumpulan SHREK Kedah seolah-olah menentang kepimpinan SHREK PAS.

Dan PAS kini seperti hanya disokong oleh orang Kelantan.

Terbukti rakyat semakin membuka mata.

Kumpulan SHREK PAS perlu ditolak.

Sumber : PERAK TODAY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan