Khamis, 14 Jun 2012

Zulkifli Noordin Jawab Isu Scorpene



Published by AIDC on June 14, 2012 | 0 Comment

AIDCNews – 14/06/12 – “Saya peguam yang terlibat dalam kes Altantunya, tidak timbul langsung isu ini (Scorpene)..kalau timbul dah lama kita guna, sebab masa itu, saya peguam..saya ahli parlimen PKR..YAB Perdana Menteri tak ada kena mengena langsung sama ada dengan Scorpene atau pembunuhan Altantunya itu sendiri, ” kata Datuk Zulkifli Noordin di Parlimen Kuala Lumpur, 12 Jun.

Menurutnya pembangkang tidak mempunyai sebarang bukti tentang isu Scorpene, hanya bersifat tuduhan bersifat fitnah untuk mempengaruhi sentimen rakyat menyokong pembangkang.

Sementara itu dalam Dewan Rakyat semalam, Zulkifli mendedahkan ketika beliau masih dalam PKR, beliau telah diarah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, selaku peguam kepada kes Altantuya pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang masih terus berminat untuk melemparkan fitnah.

“Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.

“Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

“Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan,” katanya semasa sesi perbahasan seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pada tahun 2010, Zulkifli ketika diwawancara ChannelOne1tv mendedahkan isu ini merupakan satu rekaan yang disifatkan sebagai mencipta fitnah.

“Dia dah sampai peringkat mencipta fitnah. Mereka fitnah..ini yang jadi bahaya…contohnya cubaan membabitkan YAB Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya..daripada benda yang tidak ada, cuba diwujudkan supaya ada.

“Dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam yang saya sendiri terlibat semasa kes itu, dia (Bala) tidak cakap apa pun, macam mana sekarang tiba-tiba macam-macam dia keluar cerita,”katanya.