Jumaat, 27 Julai 2012

Abby Janda Meletup Tengah Mabuk Dalam Kapal PAS


Pelakon dan penyajak terkenal, Pyanhabib Rahman semalam telah membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan. Kerja seniman atau artis adalah berkarya tanpa perlu menjadi orang kerajaan atau pembangkang.

“Jika pihak yang anda sokong masih kalah, apakah anda akan tunggu musim pilihan raya seterusnya hingga pihak yang anda sokong menang dan anda dapat berkarya?” kata Pyanhabib lagi.

Abby Abadi berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Sementara itu, penyanyi Folk Meor Yusof Aziddin merasakan bahawa Abby Abadi sedang berada dalam keadaan ‘culture shock’ atau kejutan budaya kerana baru beralih arah.

“Abby ini bagi saya rasa dia masih ‘terkejut’ sebab baru beralih musim.

“Kebanyakan artis yang berhijrah dari parti kerajaan kepada pembangkang mereka baru merasakan suasana baru.

“Itu bagi saya hanya faktor musim, Islam adalah agama untuk semua. PAS sembahyang 5 kali sehari, Umno pun begitu juga dan bagi saya tak perlu berhijrah ke mana-mana pun kalau setakat nak jadi seorang yang Islamik,” kata Meor.

Tambah penyanyi Folk yang telah menerbitkan sepuluh buah album secara independen itu, kenyataan Abby memperlihat kan yang pelakon tersebut masih lagi dalam keadaan belum matang.

“Jadi bila masuk ke suasana yang baru rasa seronok itu ada, mungkin berlebihan.

“Jadi kenyataan (Abby) yang keluar pun kenyataan yang pra-matang, saya setuju dengan pendapat Zunar,” katanya lagi.

Sementara itu, kartunis Ronasina atau nama sebenarnya Mohd Affandi Ramli merasakan Abby Abadi terkeliru di antara Islam dan Arab.

“Islam dan Arab adalah dua perkara berbeza. Islam sesuai untuk apa juga bangsa, tidak perlu menjadi Arab atau dalam konteks seni Islamik.

“Nusrat Fateh Ali Khan menghasil kan karya seni kerohanian melalui ‘qawalli’ kerana ia dekat dengan masyarakatnya. “Begitu juga dengan Sunan Kalijaga yang menyerapkan Islam di dalam seni wayang kulit dan permainan kanak-kanak yang sebati di dalam masyarakat Jawa – Hindu pada ketika itu,” kata Ronasina lagi.

Demikian kata-kata beberapa karyawan yang tidak bersetuju dengan pendapat Abby janda meletup yang kini tengah mabuk dalam PAS.

Abby sebenarnya bukanlah karyawan, dia hanya penyanyi kumpulan Elite, kebetulan ada rupa sikit dijemput untuk jadi pelakon, bukan pandai mengarang atau menulis lagu, apa lagi menulis skrip sebuah drama. Abby hanya sebagai penyeri saja dalam dunia seni kerana ada rupa yang boleh melariskan industri artis.

Ummie Aida pun kritik Janda meletup.