Rabu, 18 Julai 2012

Agak-agak bahagian mana yang akan mengadap nanti



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan UMNO bahagian yang bermasalah bagi menyelesaikan isu dalaman bahagian berkenaan.


Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, pertemuan tersebut akan diadakan pada Ramadan ini bagi membolehkan pelbagai isu diselesaikan secara baik untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

''Kita tahu ada masalah. Misalnya di Kedah apabila kita kalah dalam pilihan raya umum lalu dan apabila disemak kenapa kalah, ia bukan disebabkan Pas kuat tetapi berlaku 'cah keting' dalam UMNO.


''Dia sabotaj. Macam mana calon dewan undangan negeri (DUN) boleh menang tetapi wakil kita di Parlimen kalah. Ini jelas ada yang tak amanah dan tak sokong calon-calon yang kita letak. Perkara ini perlu kita uruskan,'' katanya.


Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, bilangan UMNO bahagian yang bermasalah adalah kecil dan boleh diselesaikan secara baik.


''Saya sudah atur siri-siri pertemuan pada bulan puasa ini. Kita boleh duduk bincang dan bercakap terus terang. Kita nak ingatkan setiap kawasan adalah penting. Penting dalam soal kembalikan kuasa kita,'' jelasnya.


Katanya, tugas sebagai pemimpin di peringkat bahagian adalah penting dan tumpuan ketika ini harus dihalakan kepada gerak kerja pilihan raya.


Sedikit ulasan mengenai kenyataan TPM,


Dahulu zaman Anwar Ibrahim dan Mahathir , biasanya sebelum pilihanraya, pemilihan jawatankuasa bahagian diadakan, maka berebut-rebutlah orang Umno nak bertanding dan jika menang ia adalah tiket untuk menjadi calon.


Biasanya waktu ini lah ketua-ketua bahagian akan dijatuhkan oleh sesuatu kelompok atau regim yang ingin menjadi pemimpin atau wakil rakyat dan mereka yang menjadi proksi atau kroni Anwar.


Justeru, siapa yang kaya dan banyak melabur dalam kempen pemilihan akan menang besar dan kebanyakan mereka ialah tauke-tauke, ahli koperat atau ahli-ahli Umno yang berjaya mendapat pink form dari brother Anwar Ibrahim ketika itu. 


2008 sepatutnya ada pemilihan bahagian, tetapi ditangguhkan kerana Pak Lah nak tumpu pilihanraya. Inilah yang jadi malapetaka kepada Umno. 


Apabila nama ketua bahagian tak ada dalam senarai calon, maka mereka pun tak ambil kisah, tak bagi kerjasama, sabotaj calon, dan ada yang berkempen jangan bagi undi kepada Umno, macam-macam hal terjadi. Inilah masalah yang berlaku pada banyak bahagian Umno. 


Ahli-ahli Umno yang sayang akan parti dengan inisiatif sendiri telah berusaha menggerakkan jentera pilihanraya tanpa sokongan dan bantuan pihak atas. Pada calon-calon bidan terjun dan calon baru pula yang tak reti dan tak tahu apa-apa tentang politik nak gerakkan jentera pun tak tahu mana nak mula, sebiji macam pengantin. 


Calon bidan terjun pula, mereka tidak mendapat kerjasama daripada bahagian yang dia bertanding. Bahagian tak mahu orang luar, calon dibiarkan terkonteng-konteng sorang-sorang. 


sekian/...