Selasa, 10 Julai 2012
'Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang'
REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."
Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.
''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.
''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.