Selasa, 10 Julai 2012

Kes liwat Saiful: Pendakwa raya fail petisyen rayuan



PUTRAJAYA 10 Julai - Jabatan Peguam Negara telah memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Petisyen tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini pada petang semalam setelah pihak pendakwaan berpuas hati bahawa terdapat alasan munasabah untuk mengemukakan rayuan berkenaan, menurut Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md. Said. -