Sabtu, 28 Julai 2012

Bala untuk Pas Larut dan Bala untuk Pas Taiping


Nazri Din dan Akmal Almenantuya
Minggu lalu, TM banyak menggunakan perkataan bala-bala-bala. Ia diambil daripada video pendek yang dibuat oleh Pas Perak dengan bantuan Pak Jabit dan Bob Lokman. Cerita pendek tersebut bertujuan untuk memperkenal kan calon MP Larut iaitu Ust Akmal anak bekas calon MP Pas yang tak pernah menang iaitu Ust Kamarudin Awang Basir.

Kini Ust Kamarudin sudah pencen dalam politik dan telah menerima pingat penutup jasa oleh Pas Perak beberapa tahun lepas.  Ust Akmal juga merupakan menantu kepada Presiden Pas Hj Hadi Awang.

Akmal merupakan calon yang ditunjuk oleh pak mentua untuk memenangi kerusi Parlimen Larut untuk pertama kalinya. Hadi Awang sudah banyak melabur wang untuk memastikan almenatunya menang besar di Larut. Menurut sumber dari Larut, Akmal merupakan menantu kesayangan Hadi Awang. Berapa saja wang yang diperlukan untuk membiayai program terutama untuk anak muda, wang pasti sampai.

Ustaz Shahir seorang bekas guru di SMA Al Banat Kamunting yang kena pecat akibat skandal dengan pelajarnya merupakan salah seorang orang kanan Akmal yang sanggup membawa anak-anak muda berlibur sampai ke Sunway Lagoon. Bayangkan berapa banyak wang yang telah dilaburkan di Larut.

Kemasukan Dato Fauzi dalam Pas Larut sedikit sebanyak telah meresahkan Akmal. Kaum puak Dato Fauzi  mahukan Dato menjadi calon untuk pilihan raya akan datang kerana mereka tidak berapa berkenan dengan Ust Akmal. Akmal dan Fauzi adalah dari Kampung Pantai Besar tetapi Fauzi lebih popular di kampungnya berbanding Akmal yang dianggap orang luar.

Dari kecil Akmal tidak pernah menetap di kampung malah ayahnya pun sejak balik dari Sabah tidak pernah duduk di kampung, sebaliknya menyewa rumah di Batu Kurau. Kini keluarga Akmal menetap di Kampung Jawa, Batu 14 Batu Kurau.

Ust Akmal dalam ucapannya di majlis penyerahan borang Pas oleh Dato Fauzi pernah menyuarakan rasa hatinya agar Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Bersih 4.0 sahaja. Langsung tak sebut yang Fauzi elok jika dicalonkan untuk bertanding di Larut dalam pilihan raya ke 13.

Memang benar, kehadiran Fauzi di Larut telah mengancam kedudukan Akmal. Pada 15 Julai lepas Akmal telah menghantar memorandum ke Majlis Tertinggi Pas Pusat menolak sebarang usul atau pencalonan Fauzi untuk bertanding mana-mana kerusi Pas di Larut.

Dengan angkuhnya Ust Akmal menamakan dirinya calon kerusi parlimen Larut, Nazri Din sebagai adun Kubu Gajah dan Dr Dhari sebagai adun Selama. Ini lah rencana Akmal yang tak boleh diganggu gugat oleh Pas Pusat, begitu berani sungguh almenantuya .

PAS TAIPING
Pas Taiping pula lain ceritanya. Pas Taiping tidak lah gah seperti Larut, Pas di Taiping ibarat temukut di tepi gantang atau mentimum dengan durian. Apa kata Dap dan Pkr mereka akur sahaja.

Pas Taiping dari dahulu lagi hanya mampu menentang Umno di Kamunting, kerana Kamunting ramai pengundi Melayu. Untuk menang besar dalam PRU 13, Pas telah memindahkan ramai pengundi atau ahli Pas dari Aulong dan Pokok Assam ke Kamunting.

Bagaimana pun delima yang dihadapi oleh Fakharuddin Aziz ialah desas-desus Dap akan meletakkan calon Melayu di dun Kamunting. Alasan Dap mudah, Pas telah mencuba sejak azali tetapi tak pernah memang, maka atas dasar bersekongkol atau bekerjasama [ meminjam kata Tantawi] kerusi N16 Kamunting perlu diberikan kepada Dap.

Maklumat yang diperoleh dari Fakharudin, beliau menyatakan beliau terpaksa akur jika itulah kehendak  ketiga-tiga pucuk pimpinan pakatan. Sebelum ini Pkr sudah pun menyatakan pendiriannya untuk bertanding di kerusi N16 Kamunting, calonnya juga telah siap sedia dan beliau bekas pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara.

Justeru, Pas Taiping juga patut mengikut jejak langkah Ust Akmal agar membuat memorandum mendesak Pas Pusat menamakan Fakharudin sebagai calon wajib untuk bertanding kerusi dun Kamunting. Hari ini beliau dilihat sedikit kecewa dam tertekan dengan situasi sekarang.

Ini kah bala yang bakal menimpa Pas Taiping?