Rabu, 18 Julai 2012

Blogger Pas melompat macam Kera

Apabila Polis menyatakan tiada laporan liwat, banyak blog Pas yamseng dan takebeer dan mereka menuduh Papagomo kantoi.

Sebenarnya soal laporan polis tidak lah penting sangat. Laporan dibuat jika mangsa berani berdepan dengan masyarakat seperti Saifol.

Di Indonesia seorang jejaka tampan lembut bernama Yuli Arianto juga pernah mengadu dikerjakan oleh Anwar tetapi dia tidak membuat report polis. Kata Yuli siapa akan mempedulikannya kerana beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh dan kes sudah lama berlalu.

Soal report adalah soal maruah. Dalam kes sumbang mahram banyak juga keluarga mangsa tidak mahu memanjangkan kisah sampai ke mahkamah dan kes diselesaikan begitu sahaja.

Hairan, kenapa blogger Pas terlalu seronok dengan laporan media oleh polis? Dahulu semasa Mat Sabu menjaja kish liwat Anwar dan menggelar Anwar AL-juburi , semua orang Pas menyokong dan menghentam Anwar, termasuklah Harakah, tetapi sekarang sudah terbalik.

Ini lah tanda akhir zaman apabila wujud satu suku yang berpura-pura menegakkan nama ALLAH tetapi mereka lah yang sebenarnya perosak agama bangsa dan negara.

Satu lagi nak tanya blogger Pas, ada kah Azmin membuat laporan polis beliau difitnah oleh blogger Umno?

Azmin tidak akan melakukannya kerana beliau sudah belajar tentang kesilapan Anwar yang menyuruh Tan Seri Musa Hasan menyiasat tuduhan liwat dan menangkap orang yang membuat fitnah.