Rabu, 4 Julai 2012

Felda dah selamat. elok selamatkan Pas saja


Pas semakin terdesak dan mengarut, agenda Pas akhir-akhir ini semakin meloyakan tekak, kalau lah gajah boleh ketawa sudah tentu gajah yang bunting sulung pun boleh keguguran akibat ketawa yang terlampau.

Minggu lalu pembangkang dan Pas cuba menganjurkan Vigil di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tetapi tidak mencapai target. Ahad mereka nak berhimpun depan Kemta Batu 4 Kamunting untuk mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan, pun tidak berjaya.

Sabtu depan nak buat bantahan lagi kononnya untuk menyelamatkan Felda. Wahai Che gu Pa! Felda sudah selamat dan tak perlu meyebok, yang perlu diselamatkan ialah tanah-tanah bukit di Lojing yang gondol, musnah, rosak habis eko-sistem, yang itu baru betul perlu diselamatkan.

Pas dah teruk punah ranah akidah pengikutnya, yang itu juga perlu diselamatkan, satu lagi ialah ancaman Syiah dalam Pas yang semakin besar, pun perlu perhatian oleh pemimpin Pas. Bab lain ialah penyokong pluralisme , LGBT dll semakin parah dalam Pas.....selesaikan masalah dalaman dulu.