Rabu, 25 Julai 2012

Iftar di Masjid Pas Kg Expo Kamunting


Yang bersongkok di tengah adalah ajk pengasas surau kg expo, akhirnya beliau diharamkan memijak surau, sejarah kali pertama hadir selepas beberapa tahun tidak menjejakkan kaki padahal beliau anak kairiah masjid.

Datang untuk berjemaah, tak ada kuasa untuk menghalau.


semua politik

Kempen derma RM 50 untuk Nizar Jamaluddin

Mana info agama dan aktiviti masjid?

Ekonomi negara makin parah di bawah BN

isu NFC, Janji Keadilan dan Satu Malaysia, Sapu Malaysia

Apa kejaayan Pakatan Haram? Atas kertas boleh laaa.realiti?

Nazir Masjid tak tegur ka, atau sama-sama bersekongkol dengan Pas

Gambar MB Perak pun jadi modal Masjid Kg Expo

Isu NFC

Surat Pas menjadi keutamaan

Bab hudud. Ada orang Cina mai baca?
Petang Semalam Umno Kg Expo telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Expo, Masjid yang dikuasai oleh Pas Totok.

Majlis berjalan dalam keadaan sederhana, kerana ramai ahli Pas yang ektreme telah boikot majlis tersebut. Majlis tahlil diketuai oleh Imam Wahid dan imam solat maghrib oleh Hj Annuar. Osman Noh yang namanya tersenarai sebagai Imam malam tadi bagaikan ayam berak kapur tak berani yang 'mengetet' dan bersolat sebagai makmum di depan taipingmali. Selepas solat maghrib tetamu dihidangkan nasi gulai ayam yang dihidangkan dalam talam, tetapi ramai jemaah Pas tidak turut bersama.

Pas Kg Expo satu ketika dahulu pernah mengadakan solat hajat memohon kepada Allah agar masjid ini tidak didirikan dan mengekalkan surau yang lama, kerana mereka tahu apabila siap kelak mereka tak akan dapat menguasai pentadbiran masjid tersebut.

Akan tetapi setelah Perdana Menteri Tun Abdullah ketika itu meluluskan dan menyiapkan masjid tersebut, Pas berjaya menguasai pentadbiran masjid dengan sokongan kuat daripada pejabat agama dan pejabat penghulu daerah. Jika diikutkan 2012 berakhir lah penggal pentadbiran yang ada dan pihak majlis perlu menilai semua senarai yang dibuat dahulu agar masjid ini tidak menjadi masjid politik Pas.

Cuba perhatikan gambar-gambar yang berjaya dirakamkan di papan kenyataan di atas, semuanya adalah agenda politik, tak ada satu pun yang berkait dengan agama dan yang melibatkan komuniti penduduk kampung.

Dahulu, semasa Surau diasaskan oleh veteran Umno, tetapi jemaah kita itu tidak berpecah belah. kedua-dua pihak tetap berjemaah dan makan moreh bersama. solat terawikh seperti biasa 20 rakaat. sekarang sejak dirampas oleh Pas, terawikh tinggal 8 sahaja dan yang panjang ialah tazkirah politik selepas rakaat ke 4.

Pas harus ingat, orang Melayu wajib beragama Islam, Pas atau Umno mereka tetap Islam. Politik kena letak kat pagar bila berada dalam rumah Allah.

Malam tadi Osman Noh tak makan more , kerana ia adalah duit orang Umno, mungkin duit Umno haram dan datang dari sumber rasuah, tetapi imbuhan dari elaun imam  dia tibai juga, yang tu tak haram ka?