Isnin, 2 Julai 2012

NIK AZIZ NAK KEKAL KERUSI DUN SAMPAI BILA-BILA

BUKAN TIDUR TETAPI BERFIKIR
Nik Aziz menteri besar kelantan kini berumur 81 tahun dan masih berhasrat untuk bertanding dalam PRU 13 akan datang. Bagaimanapun beliau tidak bercadang untuk bertanding diperingkat parlimen,cukup sekadar kerusi dun sahaja.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih berteka teki mengenai kedudukannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti biarpun khabar angin bertiup kencang beliau akan bertukar kerusi ke Parlimen.Beliau yang ditemui wartawan di sini hari ini hanya tersenyum sambil meminta semua pihak menunggu sehingga pilihan raya umum menjelang."Bertanding di Parlimen nak tahu macam mana, tengok esok-esok sebab Parlimen tidak bubar lagi," katanya selepas merasmikan Hari Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Padang Perdana di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Zaini Hasan dalam ruanganCuit, bahawa Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar akan menggantikannya sebagai Menteri Besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Walaupun mempunyai masalah kesihatan yang buruk, Nik Aziz mengakui bahawa otak dan pemikiran beliau masih berfungsi dan berfikir dengan baik.