Jumaat, 13 Julai 2012

Pas Selama kurang ajar dan biadab

Kelmarin ialah lawatan TPM ke Sungai Seputeh Selama. Seperti biasa Umno Larut akan menaikkan banner dan kain rentang untuk menyambut ketibaan TPM.

Pas seperti biasa akan menunjukkan sikap kurang adab mereka dengan memperbanyakkan bendera Pas untuk 'menyambut' ketibaan TPM.

Akhirnya Majlis Daerah Selama diarahkan untuk bertindak menurunkan bendera Pas dan ini yang membuatkan mereka teramat marah dan mereka mendesak agar kain rentang kehadiran TPM juga  diturunkan.

Ini lah sikap Pas. mereka dalam program 'Tempik' telah memasang banyak bendera dan kain rentang tetapi tidak dipedulikan oleh Umno, tetapi kalau program Umno mereka cukup cuak dan kurang senang. Inilah sikap Pas Larut yang tidak mencerminkan sikap orang Islam yang penuh hasad dengki khianat.

Majlis Daerah Selama perlu menjawab kenapa pekerjanya membuka kain rentang tersebut setelah didesak oleh Pas. Yang Polis dua tiga kerat tu pun sokong desakan Pas pasai apa?