Ahad, 15 Julai 2012

Perkhidmatan LCC


Menurut penggunaan biasa, LCC dimaksudkan ramai sebagai Low Cost Carrier atau Kapalterbang Kos Rendah.

Entahlah ... betulkah itu naik kapalterbang. 



Kalau naik kapalterbang perlu bersesak di lapangan terbang, itu dah macam bersesak di Puduraya lama dulu sewaktu musim perayaan untuk naik bas ekspres.




Kalau naik kapalterbang perlu beratur panjang, itu dah macam pekerja estet dulu-dulu beratur ambil gaji diakhir hari kerja. Dapat gaji, mereka pergi mabuk dengan toddy. 


Kalau naik kapalterbang kena angkat beg sendiri, itu bukan naik kapalterbang tapi naik kapal layar dulu-dulu yang bawa buruh India dari pelabuhan Madras, Beg dan kotak angkat sendiri. 


Kalau naik kapalterbang perlu pakai payung untuk pergi ke tangga untuk memasuki pesawat ketika hujan, itu dah macam orang kebiasaan dulu-dulu menunggu bas dalam hujan bawah payung kerana tiada bus stand terbina. 


Kalau naik kapalterbang perlu lihat tuan punya pesawat berkelahi dengan pengurusan lapangan terbang, dah macam dulu selalu pemandu teksi berkelahi dengan JPJ yang menjalankan peraturan. 



Kalau naik kapalterbang asyik ditipu dengan pelbagai bayaran surcharge hingga tambang murah menjadi mahal seperti baisa atau lebih, dah rasa macamdulu-dulu orang pinjam duit denganChettiar yang tak habis-habis bunga perlu dibayar dan ada saja bayaran tambahan dipinta. 

Rasanya, kalau naik kapalterbang, tiada perbezaan dengan kehidupan harian dahulu kala, bukan naik kapalterbang namanya.





Ada orang panggil Low Class Operator tapi apa yang Husin faham, LCC yang itu nampaknya macam Low Caste Carrier.




Nukilan Husin Lempoyang Pada 11:33 AM