Isnin, 30 Julai 2012

R.I.P Lajim

TINDAKAN Datuk Lajim Hj Okin secara sah telah keluar daripada BN dan meletakan jawatan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan sekaligus meletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beaufort, tetapi tetap menjadi anggota UMNO dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilihat sebagai melucukan.

Beliau juga menyatakan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk memutuskan mengenai keanggotaannya dalam parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lajim juga mengumumkan penubuhan sebuah parti baru bernama Sabah People Front dan barisan 17 wakil, seorang bagi setiap kawasan Parlimen di Sabah. Tindakan Lajim yang anti kerajaan dan pro pembangkang sudah lama dihidu, beliau juga mempunyai masalah peribadi yang boleh menyebabkan beliau tidak akan tersenarai dalam pilihan raya akan datang. Pengganti beliau Hafiz Musa telah disebut-sebut untuk menggantikan beliau sebagai calon ahli dewan rakyat dalam pilhan raya ke 13.

Sejak itu Lajim menghidu bahawa khidmat beliau sudah tidak diperlukan di Beaufort dan beliau juga sudah bersiap sedia untuk menubuhkan SPF pada Januari 2011 kemudian ditunda ke Julai 2012 tetapi kerana sorong-tarik dalam politik beliau masih bertahan sehingga kelmarin. Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Usu Sukam kemungkinan besar akan kembali aktif dan berganding bahu menerajui parti baru ini.

Dalam satu portal Sabahkini menyebut "Rakyat Sabah sudah bosan melihat gelagat pemimpin serupa ini yang tidak mempunyai pendirian tegas dan suka lompat-lompat seperti katak sehingga menyebabkan nama baik parti tercemar" .

Lajim juga mendakwa beliau kurang senang dengan pentadbiran BN di Sabah, dan mahukan sesuatu dari kerajaan pusat dan penambahbaikan agar rakyat Sabah tidak menukarkan kerajaan.

Persoalannya, adakah Lajim mampu menarik rakyat Sabah mengikut jejaknya. Malam ini lebih dari 1000 orang penduduk Beaufort bersama 20 AJK Umno Beaufort berserta AJK wanita, pemuda dan puteri telah berhimpun dan berbuka puasa bersama Datuk Rahman Dahlan di rumah Datuk Azizah. Turut hadir lebih 500 penduduk bukan Islam yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada Umno dan BN.

YB Dato Dr Hasan Ali juga hadir untuk menyampaikan ceramah beliau malam ni, sementara itu Lajim bersama Anwar Ibrahim turut berceramah di sana.

sekian