Rabu, 18 Julai 2012

Samseng dan bapa ayam disanjungi di Pulau Pinang


Sikit hali lagi gua mau Latuk 

Entah atas kriteria apa yang ditetapkan DAP, parti itu telah mencadangkan seorang lelaki yang didakwa pernah menjadi bapa ayam untuk menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) sempena ulang tahun sambutan kelahiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Perkara tersebut kini menjadi bualan hangat dalam kalangan penduduk di sini kerana tidak berpuas hati dengan penganugerahan pingat kebesaran tersebut.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang berasal dari Alma yang memegang jawatan tinggi di sebuah cawangan DAP itu juga pernah bekerja di sebuah premis yang menjalankan kegiatan mesin slot judi atau mesin kuda pada 1980-an.

"Pada 1990-an, dia menyertai DAP dan bekerja sebagai bapa ayam dengan menjaga pelacur (di sebuah hotel). Semua penduduk mengetahui mengenai latar belakangnya.

Tak bagi tak boleh laa, sebab taico-taico ini lah yang menyebabkan Dap menang di pulau tersebut.